BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 09, 2010

I.S.T.E.R.I

Kehidupanku setelah bergelar seorang isteri. Adakah ia seindah ketika dilamun cinta?? Adakah secantik hari-hari yang dilalui ketika bercinta?? Atau seburuk Tsunami ketika pergaduhan melanda?? Kehidupan perlu diteruskan walau apa pun keadaan yang menimpa.Tak kira samada saat-saat manis atau saat-saat duka. Menjadi seorang isteri bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan. Tanggungjawab perlu dipikul sebaik-baiknya. Mungkin senang jika isteri hanya pada nama tanpa menunaikan tanggungjawab yang diamanatkan Allah. Tetapi itu bukanlah yang aku inginkan. Sejujurnya, aku ingin menjadi seorang isteri yang bertanggungjawab, yang menjaga segala keperluan suamiku, menggembirakan dan membahagiakan hati suamiku, membuat suamiku menyayangiku setiap masa, dan tentunya memberikan zuriat yang soleh dan solehah untuk suamiku.

Aku hanyalah insan biasa yang ingin hidup bahagia barsama suami tercinta. Menjalani hari-hari mendatang bersama. Banyak yang aku perlu pelajari untuk menjadikan mahligai yang dibina bersama indah sehingga ke akhirnya. Kalau dulu, aku seorang gadis yang hanya menyimpan impian untuk mencapai kejayaan. Tapi sekarang, aku seorang isteri yang masih inginkan kejayaan, bukan hanya kejayaan untuk kerjaya tetapi juga untuk kehidupan bersama suami. Kalau dulu, aku seorang gadis yang tidak tahu memasak walaupun masak nasi tapi sekarang, aku dikira berada di tahap chef wan..hahahahahahaha..(gurau jer)

Isteri merupakan tulang belakang suami. Dimana suami berada, disitu la isteri berada. Sekiranya pergaduhan melanda, segeralah selesaikan bersama. Jangan biarkan ianya terbuku di hati kerana lama-kelamaan ia disimpan, akan menjadi barah. Mustahil bagi sesuatu perkahwinan itu tiada pergaduhan, tiada pertelingkahan. Cuma, jangan jadikan ia batu penghalang kebahagian suami isteri. Cintailah suamimu seperti mana dia mencintaimu. Bagi suami, cintailah isterimu juga seperti mana dia mencintaimu. Hargailah dan terimalah kelemahan dan kelebihan yang ada pada isterimu kerana tiada manusia yang sempurna didunia ini. Jagalah kebahagiaan dan keharmonian hidup bersama. Seperti kata pepatah, hidup ini penuh dengan warna warni, hanya kita yang menentukannya samada berwarna-warni hingga ke akhirnya atau hilang warnanya di pertengahan jalan..

Untuk suamiku, aku sangat menyayangimu. Terima kasih kerana menerima segala kelemahanku dan terima kasih juga kerana selalu bersabar dengan kerenahku. I LOVE YOU SO MUCH..

K.A.R.A.O.K.E

Karaoke atau nama pendeknya, Karok..hahaha..Hobi yang memang sangat diminati aku, suamiku dan tak lupa familyku. Yang bestnye, boleh release tension bile karok ni..Memang saat yang terbaik bila kami bersama berkumpul dan menyanyi..mase tu la keluar semua suara yang tak dingini..hahahaha..memang lawak..tergelak sampai rase nak terkencing..hahaha..seingat aku, arwah ayah juga sangat suka karaoke..dulu mase aku sekolah menengah, dia siap beli set karaoke n banyak CD2 karaoke..artis yang paling dia minat, tentunya Alleycats..hahahaha.. “sampaikanlah salam cintaku padanya walaupun terluka namunku masih...” aku pun tak ingat ape lagi..hahahaha..sape yang tak minat alleycat..semua minat kot..Pastu kadang-kadang, dia nyanyi lagu hati kama..ala nyanyian Siti Nur Haliza dan Noraniza Idris tu..siap duet ngan ibu lagi..memang tak la..hahaha..pecah umah dengar suara arwah ayah..lari gila tone lagu tu..hahahaha..memang lawak..

Itu dulu, tapi sekarang kitorang dah tak karok kat umah ag sebab set karaoke tu dah rosak..nak tau sape yang rosakkan?? Si Tuah, adek kedua aku..kononnya, mula-mula nak betulkan kaset ke bende ntah lepas tu trus rosak dan tak boleh pakai langsung..hahahaha..buat lawak tol..sekarang ni, kitorang pergi melayan hobi yang best ni kat tempat karaoke la..contohnya seperti di JustK the mines dan Red Box Sogo..hehehe..tapi selalunya, Red Box Sogo itu tempat aku karok ngan kawan-kawan belajar dulu..hehehe..Nak tau sesuatu tak?? Sekarang ni kalau aku n family aku g karok kt the mines tu, ade seseorang yang belanja..hehehe..sape lagi, kalau bukan si Tuah sebab dia dah keje..aku ade sebab nape tak belanja, sebabnya aku tak keje lagi..hahahahaha...bagusnye jadi orang yang tak keje lagi ni sebab boleh merasa orang lain belanja..hahaha..syok gila..

Apa-apa ajela..tak kirala sape yang belanja pun..asalkan boleh melalak puas-puas..hehehe..so, kepada sesiapa yang tak ade bende nak buat kat luar tu bolehlah jadikan ia sebagai hobi..kan lebih baik kita bersama family berkumpul dan melakukan hobi bersama daripada kita melakukan benda yang bukan-bukan kat luar tu..maklumlah, sekarang ni kan macam-macam masalah sosial yang berlaku..so, marilah kita ber karok bersama family tercinta..hahahaha..macam sengal je..(^_^)