BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 09, 2010

I.S.T.E.R.I

Kehidupanku setelah bergelar seorang isteri. Adakah ia seindah ketika dilamun cinta?? Adakah secantik hari-hari yang dilalui ketika bercinta?? Atau seburuk Tsunami ketika pergaduhan melanda?? Kehidupan perlu diteruskan walau apa pun keadaan yang menimpa.Tak kira samada saat-saat manis atau saat-saat duka. Menjadi seorang isteri bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan. Tanggungjawab perlu dipikul sebaik-baiknya. Mungkin senang jika isteri hanya pada nama tanpa menunaikan tanggungjawab yang diamanatkan Allah. Tetapi itu bukanlah yang aku inginkan. Sejujurnya, aku ingin menjadi seorang isteri yang bertanggungjawab, yang menjaga segala keperluan suamiku, menggembirakan dan membahagiakan hati suamiku, membuat suamiku menyayangiku setiap masa, dan tentunya memberikan zuriat yang soleh dan solehah untuk suamiku.

Aku hanyalah insan biasa yang ingin hidup bahagia barsama suami tercinta. Menjalani hari-hari mendatang bersama. Banyak yang aku perlu pelajari untuk menjadikan mahligai yang dibina bersama indah sehingga ke akhirnya. Kalau dulu, aku seorang gadis yang hanya menyimpan impian untuk mencapai kejayaan. Tapi sekarang, aku seorang isteri yang masih inginkan kejayaan, bukan hanya kejayaan untuk kerjaya tetapi juga untuk kehidupan bersama suami. Kalau dulu, aku seorang gadis yang tidak tahu memasak walaupun masak nasi tapi sekarang, aku dikira berada di tahap chef wan..hahahahahahaha..(gurau jer)

Isteri merupakan tulang belakang suami. Dimana suami berada, disitu la isteri berada. Sekiranya pergaduhan melanda, segeralah selesaikan bersama. Jangan biarkan ianya terbuku di hati kerana lama-kelamaan ia disimpan, akan menjadi barah. Mustahil bagi sesuatu perkahwinan itu tiada pergaduhan, tiada pertelingkahan. Cuma, jangan jadikan ia batu penghalang kebahagian suami isteri. Cintailah suamimu seperti mana dia mencintaimu. Bagi suami, cintailah isterimu juga seperti mana dia mencintaimu. Hargailah dan terimalah kelemahan dan kelebihan yang ada pada isterimu kerana tiada manusia yang sempurna didunia ini. Jagalah kebahagiaan dan keharmonian hidup bersama. Seperti kata pepatah, hidup ini penuh dengan warna warni, hanya kita yang menentukannya samada berwarna-warni hingga ke akhirnya atau hilang warnanya di pertengahan jalan..

Untuk suamiku, aku sangat menyayangimu. Terima kasih kerana menerima segala kelemahanku dan terima kasih juga kerana selalu bersabar dengan kerenahku. I LOVE YOU SO MUCH..

2 comments:

Unknown said...

wewwitttt...

tu la asam garam dlm kehidupan berumahtangga dik. pengalaman mengajar kita erti dewasa. kalau dulu kita mentah,kini kita dikalangan kumpulan yg berjaya. kak shima doakan seha berjaya mengharungi segala rintangan dan dugaan. jgn segan3 utk bertanya.

Unknown said...

hehehe..thanks k.shima..aminnn..mudah2 an segalanya bjln lncar..n smoga jodoh kami keekal ke aher hayat..aminnn..(^_^)